Tuesday, March 18, 2014

Last Part of PLKN: Setiap Pertemuan pasti ada Perpisahan

salam semua. salam kembali berblogging. wahhhh lama dah tak berblogging. gatal sangat dah tangan ni nak membebel dekat blog tercinta ni. blog blog... blog sihat? berhabuk nampak. hahahaha sorry la.. tuan awak yang dulunya putih dan sekarang gelap bak malam tanpa bulan ni masuk PLKN. faham faham je la k.. and now jangan risau dah. sebab PLKN dah TAMAT!!! tah la.. betapa gembira hati ni tak dapat di gambarkan. dapat bersama family balik.. rindu bergunung ganang weh... hahaha.. k kita sambung dengan story dekat PLKN. but sorry la takleh cerita full sebab tak suprise la untuk yang nak pergi and tak de special nya kalau orang yang tak dapat pergi tu tau jugak apa yang kami rasa.. hehehehee nakal kan? :p




pasal cuaca dekat sana. biasa la tempat tinggi. memang sejuk gila la kalau subuh. air dia macam air ais. tapi mandi tetap jugak mandi sebab dah biasa mandi subuh. sampaikan depan dorm kami bunga ros tumbuh dengan suburnya. rezeki kami dapat tengok ros pink. hehehee :D

ni masa menang mendeklamasikan sajak




k ni part menembak haritu dekat Kem Tentera Darat, Kota Belud. memang best gile ar citenye. mula mula serious sejujurnya ada perasaan takut. banyak yang terlintas. MC16 tu terbang la.. hahahahaa lepastu peluru tercampak belakang la.. last sekali, takde pun semua tu. cuma disebabkan terlampau gabra and excited, kening aku terkena bucu teropong dekat senapang tu masa menembak. berdarah tak benti. tapi sorok taknak p medic sebab takut kena marah. hahahahahaa nasib dekat kening, tak nampak sangat parut. kenangan k.. :D


orite ni pulak masa derma darah. aku dah 18 kan. so takyah tanya parents dah. memang ni salah satu wishlist aku nak derma darah. tahun lepas dekat sekolah, aku try jugak, tapi tak boleh sebab berat 40kg je. tinggi 163cm tapi berat 40kg, memang tak layak ar citenye. so tahun ni aku makan banyak banyak and try lagi sekali. last last berat aku ngam! tinggi 164cm berat 48kg. YES! memang happy gile babun. tapi..... part check jumlah darah. aku tak cukup darah.... pehhhhhhhhh! memang nak nangis masa tu! k fine. tutup cite. tahun depan aku try lagi! tengok ar.


ni masa latihan tali tinggi

ni masa masuk pertandingan debat. first time k. nampak kan muka tenang tu. padahal tahan geram tu. -_-"




ni pulak masa Khidmat Komuniti. aku lupa nama kampung tu tapi dekat je dengan kem kami. so aku masuk pertandingan tarik tali. menang weh! tapi semua tak percaya aku masuk pertandingan tu. cite dekat Ibu, Ibu mampu gelak je. k fine....... -_-






ni pulak masa pertandingan kawad kaki. Wira and Wirawati Alpha kaut semua Johan. heheheheee terima kasih kepada semua ahli! we did a great job! Alhamdulillah..

 ni mural wirawati Alpha. Johan k.. hehehee :D




ni semua cinta hati jantung paru-paru aku dekat Kem Tanaki. sayang korang semua weh. thanks sebab sentiasa bersama aku. dekat kem, dorang panggil aku Mama and Umi sebab dorang kata aku ni macam mak mak. kejut bangun subuh, membebel itu ini, hahahaaa padan ar muka. manja sangat dorang ni. k aku rindu korang sangat sangat. jangan lupa setiap kenangan kita k. jaga diri, jaga solat and jaga parents and family. jadilah wanita yang berjaya dunia akhirat. insyaallah...

 ni pulak adik aku dekat sana. Pinas. manja. nakal and gila gila sama je macam aku. selalu dengar masalah aku. and kami memang sekepala. jaga diri k dik.. :')

dengan Tuan Komanden


 ni dengan Cikgu Fiza. Jurulatih paaaaaaling aku sayang! :')

ni masa malam penutup :'D

ni dengan Cikgu Su. Cikgu ni la satu satunya orang yang wish masa befday aku haritu. sebab dia tengok IC aku masa daftar masuk kem. huhuhuuu thanks cikgu.




Semoga mendapat keputusan yang terbaik kepada semua CALON STPM dan SPM 2013

3 comments:

  1. Yg staff disiplin tu saya punya pacuj

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh yeke.. hehehee dia best. kirim salam ye.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...