Friday, March 21, 2014

Terima Kasih, Cikgu..

salam semua. ok hari ni 20 Mac 2014, orang ramai cukup arif tentang tarikh ni lebih lebih lagi batch 96 kerana hari ni la kami batch 96 terima result SPM. hahahaha.. awal pagi lagi dah jejak sekolah. maklumlah sekolah sebelah rumah. 10 pagi, sambil berjalan kaki ke sekolah sambil tu juga tangan menghantar sms untuk check result. dengan berjubah silver pink bershawl hitam dan berkasut kelas masa dekat PLKN hahahaha ni kes kasut hancuss sebelum masuk PLKN. so tak sempat nak menyopingkan diri lagi.

sampai je sekolah jumpa cikgu untuk daftar. cikgu pun check check nama aku ada yang belum selesai dengan pinjaman buku teks. aku pun TERbuat muka blur sebab aku pinjam buku teks sejarah tingkatan 5 je yang lain dah pulang masa permulangan buku teks beramai-ramai. aku pun terduduk and sms Gang Kadau tanya dekat mana, then dorang pun dekat bilik SPBT. terusssss jalan ke sana untuk selesaikan ni.

dalam perjalanan nak ke sana, aku terima sms..... berdebar gila masa tu. tadaaaaaa!!! dapat dah result melalui sms. tak tau nak happy ke nak sedih. result biasa biasa tapi aku tau memang akan mengecewakan Ibu Ayah sebab dorang expect lebih... aku gagahkan diri untuk sms semua.. Ibu.. Ayah.... Abang... Akak.... Abang Ijun... dan Abang Ijan.......... mengalirnya air mata akhirnya atas kegagalan untuk buat Ibu Ayah gembira untuk sekali lagi macam PMR dulu. Maafkan Miya, Ibu Ayah....

then Abang Imran (abang ipar) call.. aku pun angkat la..... kalau nak tau.. Abang Imran banyak bagi motivasi dekat aku. banyak aku mengadu pasal pelajaran dekat dia sebab Abang Imran pandai wooooo... cemerlang PMR and SPM nya. then Abang Imran faham aku.... dia bagi semangat... dia sedapkan hati aku.... and dia kata masuk UPSI lepas ni boleh temankan akak buat PhD. hehehe ok Abang Imran. 

then habis calling dengan Abang Imran... sms dari Ayah sampai.... Ayah kata takpe... tapi aku tau Ayah sangat sangat kecewa. dan sampai juga sms dari abang abang tercinta aku.. semua kata tahniah dan jangan kecewa dorang cakap sebab aku dah buat yang terbaik. banyak kejayaan ada di depan lepas ni.. aku pun macam ok sikit balik. mampu tersenyum je.. hahahaha perasaan? hanya Allah sahaja yang tau.. dah la.. banyak pulak story pasal result, yang penting tahniah buat kawan kawan aku tak kira di mana dorang berada. maklumlah baru balik PLKN kan.. kawan merata tempat. hahahahaa..ok la... ramai nak tau kan result? nah! selamat menatap.. tataaa

BM A
Pendidikan Seni Visual A
BI B+
Pendidikan Islam B+
Matematik B
Sejarah B
ICT B
Biologi E
Kimia E
Addmath *spoil* hahahahaa

No comments:

Post a Comment