Saturday, October 04, 2014

Cuti Semester 1

assalammualaikum semua.. nampaknya berabad jugak lah tak post blog. jengah tu ada, tapi nak dapat mood post blog tu memang dah lama tak datang. satu hai nya sebab tengah sambung study. first semester kan.. agak macam menakutkan. mendebarkan. maklumlah sebelum ni stay rumah.. balik sekolah je lepak rumah ada ibu ayah and adik. ni tak.. p balik p balik kampus sebab masa kuliah lain lain. so kadang kelas sampai pukul 12. dan ada yang sampai pukul 6.30 petang. malam sibuk dengan assignment. memang tak la ceritanya nak post post blog macam dulu.. kalau buka laptop pun mengadap assignment je la. hahahaa.. mood dengan kesayangan blog ni tak sampai sampai..

so hari ni berakhirnya pengajian semester 1. dan bermulalah cuti selama sebulan. kenapa sebulan.. sebab untuk pengatahuan anda semua.. UPSI punya diploma semuanya short course. sepatutnya diploma u biasa 3 tahun kan... kan... tapi UPSI hanya 2 bulan. so jangan tanya bila cuti 3 bulan kami ye. memang takdak. bagus jugak sebab tak la lama sangat. in shaa Allah habis dip terus sambung degree in shaa Allah.....moga moga segalanya dipermudahkan.. nak cerita cuti nak buat apa ye.. hahaha entah tahu lah.. nampaknya akan jadi driver ibu.. jadi babysitter anak anak buah.. dan tukang segala tukang dekat rumah. ok tu sahaja lah buat masa ni.. kalau ada cerita best lagi aku post lagi ye.. salam cuti semester kepada semua yang cuti jugak.

No comments:

Post a Comment