Sunday, November 09, 2014

Nukilan Hati: Hati

Hati,
cuma indah khabar dari rupa,
rupa selalunya permulaan penipuan,
penipuan cerita itu ini siapa pun takkan tahu,
tahu heboh sana sini kata bahagia,
bahagia betul ke tidak pun tak tahu ceritanya.

Hati,
lumrah kalau pedih,
pedih akibat rasa yang pelik,
pelik yang berdarah akibat dia,
dia yang kejam sumpah jahanam dunia akhirat.

Hati,
mereka berani kata,
kata yang penuh propa,
propa bulan bintang entah mana indah mana palsu,
palsu disebabkan hati yang dah lama mati dunia.

Hati,
bahagia sedih tak perlu uji atau kaji,
kaji itu ini hati sendiri yang mati,
mati hati dunia pun gelita gelap,
gelap hati apa pun tak boleh nak buat akhirnya.


Friday's sunnah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...