Saturday, December 31, 2016

Dua Kosong Satu Enam

tahun selesaikan pengajian. sediakala sebagai anak dan pelajar ditambah pula sebagai isteri. belajar, mengajar dan diajar. habis musim kuliah, sambung musim praktikal. cuti jangan kira. jalankan pula tugas surirumah tangga.

kuliah memang tak pernah ada masalah. praktikal pula menjadi pengajaran. hospital dan klinik bagai rumah kedua. demi permata hati ayahanda bonda yang semakin hari semakin membesar. mama tak sendirian, ada tok ayah dan tok ibu bersama serta oppa dan omma yang sentiasa bertanya khabar turut risau.


kekasih hati yang jauh tapi sentiasa usaha untuk ada disisi. penat, mengantuk, dihabiskan di atas jalan dan awan. tak kira cerah dan gelap. setiap bulan pasti terbang, habis cuti dipohon, sebab mama. dialah papa kamu, nak.


tahun honeymoon. berkenalan, berkasih. videocall dan facetime tempat kita dating setiap malam. itu pun kalau line tak cemburu dengan kita. menangis melalak belakang cerita. asam garam gula cuka penambah perisa rumahtangga tingkat 4.

Alhamdulillah.. hadirnya mereka, pengukuh diri. syukur pada Ilahi tahun ini dapat diharungi dengan kental. moga tahun Dua Kosong Satu Tujuh, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...