Tuesday, September 10, 2013

Review: Bedak Sejuk Thanakha


salam semua.. wahhhhh makin lama makin ramai yang cakap pasal bedak sejuk Thanakha kan.. wa rasa macam gatai sangat nak cuba. cari punya cari.. susahnye lahai nak cari yang harga yang agak mampu aku sebagai student ni beli. mahai mahai semuanya kebanyakkan yang aku jumpa. rasa tertelan duit pulak. tiba satu hari tu... wahhh macam seram pulak cerita ni.. hahaha tengah aku tension cari yang mana buh harga best, jumpa la page kakak ni.. ShaLalla Collections. dan yang penting sekali, ni first time aku shopping online. sebelum ni tak berani. hahahaa.. dan layanan yang sangat best dari kakak ni. so taknak cerita banyak, nak senaraikan kebaikan Thanakha pulak.. 

 Cara pemakaian pula cukup senang. Ambil secubit dan campurkan dengan air kemudian ratakan pada seluruh wajah. Pakai sebelum tidur atau pada hari-hari biasa.

 ni selepas guna sekali. lembutttt.. hehehee..


Fungsinya seperti bedak sejuk. Bahannya adalah bebas bahan kimia. Diperbuat daripada pokok Thanakha. 'Thanakha' merupakan bahasa Myanmar yang membawa maksud pokok berbau wangi yang boleh merawat masalah kulit. Bedak ini sangat mujarab untuk merawat masalah acne dan jerawat. Ianya bertindak sama seperti kulit kayu manis. Aku yakin ada antara kamu yang pernah buat amalan tradisional ini, asah kayu manis dan letakkan pada jerawat. Hasilnya jerawat cepat masak dan kecut. Betul tak? 

Bedak sejuk ini bukan sahaja mampu merawat masalah jerawat, malah turut merawat masalah kulit yang lain. Oleh kerana produk ini diproses secara semulajadi dan tidak melibatkan bahan kimia, ianya sesuai dan selamat untuk digunakan oleh semua jantina dan pelbagai peringkat umur. Bayi berusia seawal 2 bulan pon boleh guna. Kalau ada dalam kalangan kalian yang ada baby ada masalah ruam-ruam dan eczema boleh sapukan pada bayi anda juga. Jangan risau, ianya selamat!

Sebenarnya, di Myanmar rakyat mereka mengamalkan pemakaian bedak ini untuk menyejukkan kulit muka mereka dan mengelakkan kulit mereka menjadi kering akibat daripada cuaca yang panas. Malah, pemakaian bedak sejuk ditempat awam menjadi fesyen dan bukanlah sesuatu yang pelik bagi mereka. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada yang pernah terserempak dengan pekerja Myanmar di negara kita yang selamba je tepek bedak sejuk ke tempat kerja. Hehe ni lebih senang tengok.. 

fungsi dan kebaikan bedak Thanakha antaranya ialah: 

✔mencerahkan & melicinkan kulit muka
✔memberi kesegaran pada kulit
✔mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit
✔menanggalkan sel kulit mati
✔ia membantu sejukkan kulit
✔membersih & menengang wajah
✔ Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1thn lebih
✔ Sesuai untuk semua lapisan umur
✔ Menghilangkan ruam-ruam badan
✔ Boleh digunakan dimuka dan badan
✔ Menghilangkan gatal-gatal badan
✔ Mengecutkan jerawat
✔ Lembutkan kulit dan menghaluskan.
✔ Hilangkan jeragat
✔ Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka
✔ Pelindung cahaya matahari
✔ Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation

ok best kan?!! tergoda tak. hahahaa k sesiapa yang nak beli. boleh ke page kakak ni.. https://www.facebook.com/ShaLallaCollections promosi sampai habis bulan September ni. CEPAT!!! MURAH!!! semua harga dibawah harga termasuk postage k.. ^_^

4 JENIS HARUMAN :

HIJAU >> LEMON

PINK>> ROSES

PUTIH >> JASMINE
CREAM>> ORIGINAL


1) Limau Thanakha

– sesuai untuk mencerahkan kulit kusam, merawat jerawat dan jeragat.

2) Rose Thanakha

– sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit, merawat jeragat dan merawat masalah parut berlubang akibat jerawat.

3) Kayu (Original) / Shinmataung Thanakha

- melindungi dari kerosakan kulit akibat selaran matahari
– sesuai untuk melembapkan kulit, dan merawat penuaan

4) Jasmine Thanakha

– sesuai untuk merawat ruam, sesuai juga merawat ruam bayi,kulit kering dan gatal-gatal

Kecil - rm15 (semenanjung) rm18 (ss)
Besar - rm20 (semenanjung) rm23 (ss)

bila tak promosi plak.. 


Kecil - rm20 (semenanjung) rm23 (ss) Besar - rm25 (semenanjung) rm28 (ss)





SELAMAT BERTHANAKHA!!!

No comments:

Post a Comment