Friday, October 04, 2013

Dugaan itu ada Hikmahnya

“Orang yang kuat adalah orang yang sabar” 

Lain manusia, lain ujian kesabaran yang diturunkan. Ini kerana keteguhan peribadi seseorang individu berlainan dengan individu yang lain. Sesungguhnya ujian yang diberikan kepada baginda Rasulullah s.a.w lebih besar dari apa yang kta lalui sekarang. Boleh dilihat bagaimana tebalnya sabar baginda hingga Islam dapat ditegakkan di buka bumi Allah ini. 
Ujian yang hebat kepada pemilik sabar yang sungguh hebat. Sabar yang menebal dapat meninggikan tingkat iman seseorang, bukankah sabar itu separuh daripada iman.
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat sekali kecuali bagi orang yang khusyuk.” [Surah al-Baqarah:45]
Jadilah seorang hamba yang bersyukur kepada Penciptanya kerana itu boleh membuahkan bunga kesabaran itu sendiri. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu minta ketika menadah tangan dan apa yang terdetik dihatimu memohon sesuatu dariNya.
Marah semakin kencang, makin mudah diracuni syaitan, senang pula membuat hubungan renggang, berleluasa pula diakhir zaman.
Bagaimana kita boleh lihat sifat marah boleh meruntuhkan sesuatu hubungan ukhwah yang terbina. Ada kalanya tidak bertegur sampai bertahun diantara saudara mereka sendiri, ini kerana marah berkait rapat dengan keegoan seseorang dan berlaku kerana tiadanya kesabaran didalam hati.
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah 2:155]

Pernah atau tidak kamu fikirkan bahawa sabarmu itu boleh menjalinkan ribuan ukhwah dan persaudaraan serta dapat menyelesaikan ranting-ranting pergaduhan sebelum menjadi lebih parah? 
Dapatkah kamu menebarkan kasih sayangmu sekiranya rasa sabarmu begitu tipis dan begitu mudah untuk menyalurkan benci, dendam, marah berbanding dengan rasa sayang dan cinta itu sendiri.
“Orang yg kuat itu adalah orang yang bisa mengendalikan dirinya ketika marah” (HR Bukhari)
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?”
Kata seseorang, Allah yang mencipta keperluan dan Allah jua yang menyempurnakan keperluan. Allah yang mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita. Bersabar dan bertaqwalah kita kepadaNya demi mengecapi keredhaanNya InsyaAllah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar.” [Al-Baqarah:153]
Sabar dan ikhlas itu adalah Islam dan sesungguhnya ia begitu indah, belajar dan kejarlah ia serta bertahanlah semampu mungkin, sabarlah dalam bersabar. 

No comments:

Post a Comment