Tuesday, December 31, 2013

31.12.2013

salam semua. tak sangka esok dah tahun baru. rasa macam sekejap je pulak. now dekat rumah Selangor sedang bercuti. then 3 Januari ni balik Sabah. first time balik sendiri. apak takut! hahahahaa.. then 5 Januari ni kan.........heheheheeee beday!!! tapi 5 Januari ni jugak masuk PLKN. so sad..... tadi jejalan dengan Iliya cikebum cikebum! p Jusco Rawang je. jalan, gosip, makan pe semua la. then kami beli baju sama! heheheheheee sho shweet :* Iliya pun ada banyak meluah, tak kurang jugak aku. masing masing berlawan nak cite masing masing punya story. abang ijan and afi hanya mampu diam bila kami berdua ada dalam kereta. hahahahaa 

cite untuk tahun ni pulak. macam biasa life aku cuma untuk sekolah. SPM SPM SPM. itu yang sentiasa bermain di minda. takde masa langsung nak fikir hal lain. tapi kekadang tu terfikir jugak la. maklumla... kita kan menyingle. hahaha nak meluah pe semua takde tempat dah. so faham faham jela. then bila dah habis SPM, rasa happy and lega tu tah la nak kata macamna... tak terkata. sepanjang bersekolah, aku ni tak la nerd sangat. tapi agak yang dijaga rapi oleh family. "kau budak sekolah, buat cara budak sekolah" cukuplah ayat itu menggambarkan segalanya. 

then untuk tahun ni pulak kenangan istimewa ialah adik tercinta tervavomm aku dapat keputusan PMR yang telah memecahkan rekod keluarga yang sebelum ni aku yang pegang, 6A. dan dia dah kalahkan aku dengan 1 lagi A. so kesemuanya 7A 1B. tahniah la afi! tapi ni semua tak mustahil sebab aku nampak segala usaha dia. dia berada depan mata aku dari kecik hingga la ke saat dia habis PMR. dia ni jenis fresh otak dia. cepat ingat. belajar sekali, hambek! semua dia cekau. macam aku ni lambat sikit. hahahahaa... belajar belajar belajar tanpa henti pun tak pasti lagi aku boleh ingat ke tak. hahahaa rezeki masing masing. so sekarang tinggal aku je lagi nak tunggu result SPM. k la malas nak cite panjang. tak sabar lagi 5 hari ni. beday yang ke 18! tataaaa..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...