Sunday, December 07, 2014

KENDURI AKU???

salam semua. hari ni nak story kenduri tadi. hahaha tajuk nak gempak je kan. padahal ni kenduri akikah, bacaan yassin dan tahlil, dan juga sambutan anibeseri ayah ibu yang ke 30. kami adik beradik ipar duai dan anak anak semua buat kejutan kecil kecilan namanya. senyap senyap beli hadiah and kek. hadiah tu idea akak.. so dia yang ngurus. lebihan aku pulak urus kek. and special nya kek dua tingkat. maklumlah orang dulu dulu mana rasa kek kek ni.. apa tah lagi kek dua tingkat. 

so memandangkan anak anak ibu ayah dah berduit sikit. kami belikan lah.. hehehee terharu tak terharu tak.. aummmm tu idea lil pwincess uolls k. hehehee yang nakal sikit ni.. emmm ekceli banyak nakalnya. hehehee takpelah.. kalau semua anak anak baik tak best jgak kan... mesti ada sorang yang otak mereng sikit baru advanture sikit jadi ibu ayah. silap silap ibu ayah baca ni.. aummmm habislah... hehehe hanya gurauan je. ayah ibu the best in my life..... serious k.


ok pagi pagi aku lah yang pertama kena bersiap sebab maklumlah anak buah ada empat dan bila aku siap.. aku yang akan jaga dorang untuk parents dorang bersiap pulak. k lumrah letewww.. so jangan tanya lah kena bila p kenduri mana aku memang agak serabai. sebab tu dah berjam jam siapnya.. hahahaha babysitter atau lebih mulia sikit bakal mama. aummm semangat sikit bila kata nak jadi mama ni.. ada anak sendiri. aduhhhhh.... lemahhhhh... tak kuat laaa.... excited tau... hahahaha.. 


kenduri mula dengan kedatangan makcik makcik kat taman perumahan ni. dorang marhaban semualah. aku tukang bawak gunting and bunga rampai untuk apa tu.. haaa cukur jambul. hahaha yang nak bercukur tu umur semua dah macam tak layak. ambik syarat je.. last last aku pulak kena campak bunga rampai tu.. aummm.. pahtu ramai tanya kenduri aku ke.. sebab ada pelamin bagai... hahahaha pengantin lelaki tah tak muncul muncul pun. cepatlah muncul.. hahahahaha kita tunggu jela..

then bacaan yassin dan tahlil oleh pakcik pakcik. lepas tu makangggg.. masa bacaan yassin tu aku vromm vrommm p ambik member dari Tanjung Malim datang naik ktm. how sweet.... memang terharu dorang sanggup datang.. then p ambik kek.. heheheheheee.. pahtu masuk ikut pintu belakang bagai.. memang macam macam betul idea aku ni.. hahaha lepas masuk ikut depan.. aku pun lari lah p bawak kek ke depan.......... ibu terkejut... ibu speechless k. masa tu first time tengok muka ibu yang gabra plus terkejut.. awww... masih terbayang lagi keadaan ibu masa tu.


ibu terus masuk bilik. tah la buat apa dalam bilik tu.. lap air mata mungkin. ayah pulak memang biasa jela.. buat buat relax. hahahaa masa tu ramai pulak... wahhh potong kek depan pelamin. masa tu bahagia di hati ni takdak siapa yang tau.. senyuman dorang... ALLAH.... alhamdulillah............... kenduri habis dalam pukul 5. then aku siap siap balik Tanjung Malim malam tu jugak...... sekian terima kasih...terima kasih jugak kepada semua tetamu. lebiu muahhhhhh



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...